Saturday, May 2, 2009

Sejarah PASTI

Perancangan awal untuk menubuhkan PASTI adalah bermula serentak dengan rancangan pembinaan bangunan PAS Cawangan Baung Bayam iaitu pada 09.03.1997. Jawatankuasa PAS Cawangan Baung Bayam teleh bersetuju membina bangunan kekal 2 tingkat berukuran 30 kaki X 40 kaki persegi diatas sebidang tanah seluar 100 depa yang telah diwakafkan oleh satu keluarga dermawan kepada PAS. Tingkat atas akan dijadikan sebagai Markas PAS Cawangan Baung Bayam dan PASTI akan diletakkan ditingkat bawah.

Majlis perletakan batu asas dan sembahyang sunat hajat untuk mendirikan bangunan ini telah diadakan pada 03.10.1997. Manakala kerja-kerja pembinaannya bermula pada 06.06.1998 dengankos pembinaan adalah daripada sumbangan ahli PAS dan orang ramai. Untuk merealisasikan penubuhan PASTI ini, satu jawatankuasa PASTI telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1998 yang terdiri daripada : -

1.Tuan Haji Yaacob b. Awang = Pengerusi
2.Tuan Haji Zainal Rasid b. Mohd Zin = Naib Pengerusi
3.Tuan Haji Abdullah b. Mohamad Ali = Setiausaha
4.Tuan Haji Wan Harun b. Wan Mohamed = Bendahari
5.Tuan Haji Mohd Azhar b. Mohd Yusoff = AJK
6.Tuan Haji Mohd Salleh b. Mat Sin = AJK
7.Tuan Haji Ahmad Kamal b. Abdullah = AJK
8.Tuan Haji Mohd Fauzi b. Ismail = AJK
9.Tuan Haji Mohd Hashim b. Mohd Hassan = AJK
10.Tuan Abdullah b. Abd.Rahman = AJK
11.Puan Hajjah Rosnah bt Mahmood = AJK

dan bersetuju memberi nama PASTI ini sebagai PASTI BAUNG BAYAM.Pendaftaran penggal pertama persekolahan 1999 menjadi saksi bagaimana bermulanya sejarah PASTI ini.


Photobucket

Berbekalkan 2 tenaga pengajar dari anak tempatan yang diambil berdasarkan kelulusan Sekolah Ugama (Arab), tanggal 03.01.1999, PASTI BAUNG BAYAM memulakan penggal pengajian pertamanya dengan bilangan pelajar yang hanya berjumlah 33 orang dimana 14 orang daripadanya berumur 5 tahun dan selebihnya 6 tahun.

Sebagaimana Pasti lain, PASTI BAUNG BAYAM turut menyediakan makan dan minum secara percuma kepada murid-muridknya semasa rehat yang dibiayai sepenuhnya dari yuran bulanan. Kelancaran perjalanan PASTI ini bergantung sepenuhnya kepada sumbangan yuran dan derma/sedekah orang ramai semata-mata. Ini kerana penubuhan PASTI BAUNG BAYAM bukanlah bermotifkan mengaut keuntungan tetapi pembelajaran.

Pada tahun 2000, PASTI BAUNG BAYAM mula mendapat tempat di hati masyarakat bukan sahaja di kalangan penduduk setempat malahan penduduk luar. Ini terbukti apabila pada tahun tersebut, pendaftaran pelajar baru turut menyelitkan pelajar-pelajar baru dari masyarakat luar. Tahun tersebut tuturt menyaksikan kenaikan sebanyak 30.30% pelajar baru iaitu seramai 43 orang di mana 12 orang berusia 5 tahun dan 31 orang adalah pelajar-pelajar yang berusia 6 tahun.

Sejajar dengan dasar dan matlamat PASTI Negeri, Jawatankuasa PASTI BAUNG BAYAM dalam mesyuaratnya yang bertarikh 24 Oktober 2000 telah bersetuju sebulat suara menukarkan nama PASTI BAUNG BAYAM kepada PASTI AL-HIKMAH yang berkuatkuasa serta-merta.

Kini PASTI AL-HIKMAH sedang mengorak langkah ke arah kecemerlangan dengan pembukaan Kelas Iqra' dan Nurseri yang bakal direalisasikan tidak lama lagi.